Followers

Wednesday, December 9, 2009

Cadangan Aktiviti Tahun 2010

Assalamualaikum,

Tahun 2010 menjelang tiba. Dalam mesyuarat khas AJK pada hari Ahad 29 Nov. 2009 yang lalu semua AJK telah bersetuju untuk melaksanakan dua aktiviti besar bagi tahun 2010.

Aktiviti pertama merupakan Program Celik ICT yang di khaskan kepada anak-anak yatim dari ibu2 tunggal yang berdafter dengan Nusrat dan anak2 yatim yang berdafter dengan Pertubuhan Anak2 Yatim Islam Daerah Lipis. Program tersebut merupakan kelas pelajaran Komputer yang diberikan secara percuma melalui sumbangan ADUN-ADUN setiap kawasan yang dinaungi Parlimen Lipis dan juga sumbangan Ahli Parlimen Lipis.

Kelas pertama akan bermula pada hari Isnin 14 Dec. 2009, dengan kehadiran seramai 2 orang anak yatim. Kelas bermula lebih awal memangangkan peserta kebanyakannya terdiri dari pelajar sekolah yang masih belajar. Kelas dijangka berlangsung sehingga bulan Jun 2010 dan kehadiran dijangka menjangkau 40 orang murid dan 10 orang ibu tunggal yang berpotensi mendapat pekerjaan semula, disamping beberapa orang AJK NUSRAT sendiri.

Program yang kedua adalah Program Malam Amal NUSRAT, merupakan program penjualan meja bagi mengutip dana NUSRAT yang akan diadakan pada pertengahan bulan Februari 2010. Acara termasuk Makan malam, persembahan artis, kuiz, cabutan bertuah dana beberapa permainan lain.

Kepada sesiapa yang telah mendapatinfo ini silalah memberi sokongan anda.