Followers

Wednesday, October 14, 2009

Next Post

Aktiviti Terkini




Semalam telah diadakan majlis penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim daerah Lipis. Sumbangan disampaikan oleh YB Dato' Dr. Mohamad Shahrum bin Osman, Ahli Parlimen Lipis.

Majlis telah dianjurkan bersama oleh:-

1. Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Daerah Lipis.

2. Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah Lipis (NUSRAT) 

3. Persatuan Kontraktor Daerah Lipis.

4. Persatuan Bekas Perajurit daerah Lipis.










YB Dato' Dr. Mohamad Shahrum sedang memberi ucapan.










Pengerusi NUSRAT, Puan Hjh Hamidah binti Haji Hamzah, bertudung ungu, Datin Taziman bt Omar, bertudung hitam.



Puan Salmah binti Bachik, Ibu kepada Dato' Siti Norhaliza turut hadir pada majlis tersebut.



Thursday, October 1, 2009

Salam Perkenalan

Bismilla hirrahma nirrahim,
Salam Perkenalan,
Inilah blog rasmi Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah
Lipis, atau lebih terkenal dengan namaNUSRAT,
yang membawa maksud, Sokongan atau pertolongan.

Nusrat telah ditubuhkan pada awal tahun 2007 dan
mesyuarat agung tahunan yang pertamanya diadakan
pada 10hb. Mac 2007 bertempat di Bilik mesyuarat
Ahli Parlimen Lipis.

Dengan kehadiran 48 orang ahli dan 3 orang pemimpin
masyarakat maka rasmilah tertubuhnya Pertubuhan
Ibu Tunggal Daerah Lipis, ( NUSRAT ) ini.

Dengan barisan AJK yang terdiri dari
1. Seorang Pengerusi,
2. Seorang Naib Pengerusi,
3. Seorang Setiausaha Kehormat,
4. Seorang Naib setia Kehormat,
5. Seorang Bendahari kehormat,
6. 5 orang AJK yang dipilih didalam mesyuarat,
7. 3 orang AJK yang dilantik oleh Pengerusi sendiri,
8. 2 orang pemereksa kira-kira.
maka bermulalah perjalanan aktiviti Nusrat Lipis..