Followers

Thursday, October 1, 2009

Salam Perkenalan

Bismilla hirrahma nirrahim,
Salam Perkenalan,
Inilah blog rasmi Pertubuhan Ibu Tunggal Daerah
Lipis, atau lebih terkenal dengan namaNUSRAT,
yang membawa maksud, Sokongan atau pertolongan.

Nusrat telah ditubuhkan pada awal tahun 2007 dan
mesyuarat agung tahunan yang pertamanya diadakan
pada 10hb. Mac 2007 bertempat di Bilik mesyuarat
Ahli Parlimen Lipis.

Dengan kehadiran 48 orang ahli dan 3 orang pemimpin
masyarakat maka rasmilah tertubuhnya Pertubuhan
Ibu Tunggal Daerah Lipis, ( NUSRAT ) ini.

Dengan barisan AJK yang terdiri dari
1. Seorang Pengerusi,
2. Seorang Naib Pengerusi,
3. Seorang Setiausaha Kehormat,
4. Seorang Naib setia Kehormat,
5. Seorang Bendahari kehormat,
6. 5 orang AJK yang dipilih didalam mesyuarat,
7. 3 orang AJK yang dilantik oleh Pengerusi sendiri,
8. 2 orang pemereksa kira-kira.
maka bermulalah perjalanan aktiviti Nusrat Lipis..

No comments:

Post a Comment